Boleh ke RM5000 sebulan dengan bisnes aiskrim ni? Dalam artikel kali ni boleh cerita cara dan jenis aiskrim yang sesuai dengan pelanggan yang hendak dijual. 

Penafian siap siap ya, cara yang dicerita tidak menjamin hasil yang dapat semestinya RM5000 boleh jadi lebih, boleh jadi kurang atau boleh jadi tiada langsung. Tapi mustahil jika diusahakan tiada hasil langsung.

4 TIPS RM5000 SEBULAN DENGAN BISNES AISKRIM

1. Siapa sasaran pelanggan dan jenis produk yang bersesuaian

Bisnes aiskrim ni jangan ingat satu jenis ja, lagi satu bayangkan aiskrim dalam shopping mall besar harga dalam rm5-rm20 satu kon nak jual ke budak sekolah memang tak laku la sebab disitu dah salah produk yang nak dipadankan dengan pelanggan. Kuasa membeli kalau jual disekolah hanya rm1-rm2 sebatang aiskrim.

Aiskrim yang sesuai dijual pula aiskrim malaysia. Yang sesuai aiskrim malaysia untuk pasaran disekolah, bagi pasaran rumah kenduri atau sebarang majlis keraian aiskrim yang sesuai adalah aiskrim kon, soft aiskrim dan aiskrim malaysia. Tengok pada permintaan pelanggan.

2. Dapatkan kemahiran ilmu dan mentor dulu

Dah tahu jenis aiskrim yang hendak dijual dan pasaran mana yang hendak dituju. Bagus Sekarang masanya untuk dapatkan ilmu aiskrim ni, lagi bagus dapat ilmu pemasaran dan networking dikalangan peniaga aiskrim.

Ilmu bisnes aiskrim ni bioleh dapat melalui tiga cara Yang pertama boleh dapatka ebook bisnes aiskrim ni

“Eleh jual buku la tu”, “Nanti dia dapat komisyen”.

Ok, kita terus cara kedua

Berkuli atau bekerja dulu dengan peniaga aiskrim, yang ini paling bagus untuk dapatkan ilmu dan mentor, sambil bekerja sambil membina networking dan juga dapat ilmu bisnes aiskrim, cuma perlu masa dua hingga tahun sebelum anda mula berniaga sendiri.

Yang ketiga paling cepat dan senang, menghadiri kursus. Ya, menghadiri kursus cuma kena pastikan kursus yang dihadiri tu ada amali atau praktikal. Mungkin caj yang dkenakan mahal. Anda boleh tengok di fb atau laman web taip ja kursus aiskrim pasti ada.

Sekarang boleh pilih antara 3 cara diatas mengikut kemampuan masing – masing.

3. Tahu posisi kita dalam bisnes aiskrim

Posisi dalam bisnes aiskrim samada jadi founder, peniaga atau ejen mahupun dropship. Jadi founder mungkin bukan sekadar tahu proses pembuatan aiskrim dan pemasaran saja, kena tahu juga untuk growkan syarikat dan membesarkan rangkaian melalui ejen atau bekerjasama dengan influencer untuk meningkatkan jualan

Kalau sekadar jadi peniaga mungkin fokus hanya buat aiskrim dan jual. Ejen pula tak terlibat dalam proses pembuatan aiskrim cuma mungkin kena keluarkan sedikit modal untuk membeli freezer bagi menyimpan stok aiskrim.

Dropship pula tidak perlu keluarkan modal tapi keuntungan tidak setinggi ejen atau mereka yang proses dan jual sendiri.

4. Buat sasaran dan channel pemasaran

Baik berbalik tajuk artikel di atas macam mana nak capai RM5000 sebulan. Katakan aiskrim yang hendak dijual adalah aiskrim malaysia yang dijual RM1.20 sebatang. RM5000 bahagi dengan RM1.20 bersamaan 4166 batang, kita genap

jadikan 4200 batang. 4200 batang aiskrim dibahagikan pula dengan 4 minggu bersamaan 1050 batang seminggu. Jadi 150 batang perlu dijual setiap hari jika mahu sasarkan RM5000 sebulan.

Dah tahu sasaran, sekarang kita fokus pula channel yang sesuai untuk capai sasaran.

Untuk jualan 150 sehari ni biasanya boleh dicapai jika dijual sekitar sekolah terutama waktu tengah hari ketika waktu habis sekolah sesi pagi dan masuk sekolah bagi sesi petang. Kalau rajin boleh juga buat jualan di sebelah petang untuk sesi waktu sekolah petang.

Atau boleh target jualan hujung minggu seperti taman awam atau majlis jamuan secara kecil kecilan. Biasa tuan rumah akan menempah jumlah yang banyak. Itulah secara ringkas tips berkaitan bisnes aiskrim.





Post a Comment