Bisnes aiskrim ni bila dengar macam seronok ja dengar untung ribu ribu, tapi ada yang berjaya ada juga yang gagal. Boleh baca dulu website ni sebelum anda berkecimpung dalam dunia bisnes aiskrim. Sekurang-kurangnya anda dapat pendedahan dan bersedia.

Kali ni nak kongsi tip berkaitan bisnes aiskrim, boleh jadi tip ni boleh digunakan pakai atau tidak terutama dalam waktu endemik covid 19. Ada yang bertukar bisnes ada yang bertukar strategi.

4 TIP STRATEGI DAN PENGALAMAN BISNES JUAL AIS KRIM

1. JADI EJEN ATAU DROPSHIP

Dalam hati mahu menjadi pembuat aiskrim dan penjual aiskrim. Boleh cuma nak sharing bahawa nak memiliki mesin aiskrim modal yang diperlukan empat angka juga. Dalam waktu pandemic macam ni mesti ramai kata “Baik berjimat dari beli mesin mahal mahal.” Betul tu

Bila dah jadi pembuat aiskrim ni, nak fikir jualan aiskrim pula. Banyak kerja juga tu. Sekarang ni ramai ja yang pemilik bisnes aiskrim yang buka pengambilan menjadi stockist,ejen serta dropship. Anda sebagai ejen tumpu bahagian marketing ja.

Terutama yang tiada modal boleh cuba jadi dropship. Boleh search icely asikrim di facebook dan anda bertanya kepada mereka peluang menjadi dropship dan ejen.

2. BANYAKKAN KE PLATFORM ONLINE

Aiskrim ni kalau dilihat cara perniagaan dia memerlukan tempat untuk berniaga seperti majlis kenduri kahwin, event dan majlis keramaian. Bila terjadi covid 19 memang effect pada perniagaan. Dua saja pilihan orang berniaga sama ada tutup atau cari peluang berniaga lain atau bertukar strategi. Apa strategi online yang boleh dilakukan?

Dalam platform online banyak cara cuma nak dapat tune ni perlu konsisten bagi orang nampak dan berani explore pelbagai media social yang ada.

3. PEMBUNGKUSAN YANG SESUAI

Pembungkusan amat penting bila ubah strategi. Contoh dulu berniaga aiskrim dalam tong dan scope aiskrim ke dalam aiskrim, sekarang boleh adakan satu pembungkusan yang boleh delivery kemudian senang disimpan pula oleh pembeli.

Pembungkusan yang menarik dan kelihatan ‘mahal’ sesetengah pelanggan akan tidak berkira untuk membeli.

4. CARI PELUANG DENGAN MICRO INFLUENCER IG FB YOUTUBER

Ini salah satu strategi saya lihat founder aiskrim buat, cari influencer yang mungkin bayaranya tidak terlalu mahal seperti influencer yang lebih ramai pengikut. Biasanya mereka akan mencari instafamous dan influencer fb.

Boleh jadi tip diatas kurang lagi maklumat bagi anda, sebab tu saya nak teruskan dengan pengalaman yang saya dapati melalui sharing rakan rakan yang pernah berniaga aiskrim dan ada yang bertahan sampai sekarang. Pengalaman ni hanya perkongsian melalui sembang terus dengan mereka dan ada sharing melalui fb live.

TAK LAKU

Tak laku ni bukan sebab apa berniaga sekejap sangat dan awal awal tak da sambutan. Mungkin pada peringkat awal awal semangat nak berniaga aiskrim, pada minggu pertama tak ada orang beli, minggu kedua tak ada orang beli. Sepatutnya perlu ada tambah baikan atau perlu memasarkan dengan cara lain. Macam mana caranya? Ok sambung baca di bawah


USTAZAH PROMOSI BERTERUSAN

Ni cerita seorang sahabat yang bekerja sebagai pendidik kemudian berhenti sebab atas alasan tertentu. Biasanya wanita yang bekerjaya disebabkan anak anak. Bila situasi duduk di rumah memang seronok sebab menjaga anak dan membesar depan mata tapi tiada pula pendapatan diperolehi.

Bila mencari perniagaan yang bersesuaian dengan kehidupan duduk di rumah. Pasti mencari peluang melalui google dan facebook melihat peluang yang boleh dilakukan. Bila terlihat iklan, dia berminat dengan bisnes aiskim, dan cuba jual melalui taman awam di hujung minggu bersama suami. Promosi juga melalui media social.

Jual di padang awam, setakat buka bonet dengan meja yang kosong. Memang tak ada orang yang beli. Kalau ada orang beli pun berapa sangat la keuntungan yang diperolehi. Dah masuk dua minggu ustazah tadi buat beberapa benda untuk menarik perhatian orang sekaligus menaikkan jualan.

Suami akan pakai badut dan buat pelbagai gaya dengan belon yang diberi percuma, ketuk loceng untuk menarik perhatian. Bagi 50-100 aiskrim percuma setiap kali mahu memulakan perniagaan. Ambil masa dua hingga tiga minggu memang nampak peningkatan hasilnya. Selepas tu ada menerima tempahan sebab ada diletakkan kad nama perniagaan semasa berniaga aiskrim

TUKAR STRATEGI BILA COVID

Bila covid 19 melanda satu dunia, bukan sahaja nyawa manusia yang terjejas, majority perniagaan terkesan kerana tidak dapat buka premis atau menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa. Ada yang gulung tikar, ada yang tutup terus dan mencuba nasib dengan melakukan bisnes yang lain.

Ada pemilik bisnes aiskrim yang saya lihat masih bertahan, dan bila saya melihat scroll status beliau, bisnes masih dapat bertahan disebabkan mempunyai ejen dan stockist yang masih menjual. Ejen dan stokes beliau focus kepada jualan runcit secara online. 

Melalui perkongsian beliau lagi, ada ejen dan stockist menyarankan melibatkan macro influencer. Memang selepas itu, jualan semakin konsisten dan masih mampu bertahan. Ejen dan stokes diajar menggunakan facebook live dan pelbagai medium atas talian yang lain. 

Pemilik sentiasa dapatkan review dari golongan influencer sebab sebagaimana kita tahu memang mereka boleh mempengaruhi dan expose berkenaan aiskrim jenama berkenaan.

PRESENTATION MENARIK

Presentation kotak aiskrim juga memainkan peranan. Kotak aiskrim yang kelihatan eksklusif dan mahal di mata pelanggan amat menarik perhatian pelanggan. Paling penting kotak tersebut senang dikendalikan untuk penghantaran dan senang pula untuk disimpan dalam peti sejuk beku pembeli. 

Jika bisnes dah maju, ada baiknya belajar dan menhadiri kursus berkaitan teknologi pembungkusan. Biarlah produk tersebut mempunyai nilai di mata pembeli dan tidak berkira untuk membeli.

Setakat sini saja tips dan pengalaman yang boleh dikongsikan untuk anda yang masih mencari peluang menambah pendapatan supaya anda tahu kelebihan dan kekurangan bisnes aiskrim ni. Yang berminat boleh ja klik link ebook ni.


Post a Comment