Skip to main content
5 PERKARA INI SAYA LAKUKAN SALAH SATU LANGKAH TERSEBUT DAPAT JIMATKAN DUIT SEBANYAK RM6500

Em zaman ni ramai orang kata tak boleh berjimat, betul tu tak salah tapi masih ada beberapa perkara ini untuk berjimat. Masih banyak cara,cuma cara yang ini telah saya lakukan dan ada langkah penjimatan ini saya tidak perlu pening kepala lagi dengan hutang  bayaran komitmen bulanan.
Kalau baca tajuk diatas mesti ada yang tertanya-tanya apa benda la yang boleh saya berjimat cermat sampai boleh jimat RM7000.

1. BELI MOTOR TERPAKAI
Sebenarnya yang saya jimat RM7000 adalah bila beli motor skuter terpakai sym vts 200.  Hutang motor yang ada sudah lunas beberapa tahun. Jadi cadangnya mahu mengambil motor cc yang lebih besar serta lebih selesa. Sebab maklumlah orang berbadan besar ni sakit sakit badan dan pinggang.Tambahan pula baru berpindah rumah yang jaraknya hampir 40km pergi dan balik berbanding sebelum ni hanya 1km lebih ja. Bermula pencarian motor skuter ni dari kedai ke kedai ni. Kemudian survey pula melalui fb dan mudah.my. Akhirnya terpaksa beli yang second hand selepas buat kira-kira harga motor baru ni dalam RM11,000. Sedangkan terpakai sekitar RM5000-RM7000 mengikut tahun.


Agaknya rezeki bila saya lihat ada motor yang mahu dijual pada harga RM4000. Walaupun tahun 2010 ia masih berbaloi. Cuma tambah duit sikit untuk ganti tayar baru dan (minyak gear serta minyak hitam).Bayangkan jika saya beli yang baru masih lagi berhutang.(bagi yang mampu boleh je beli yang baru).Jimatkan?RM6500 saya jimat bila ditolak kos tukar tayar depan belakang serta minyak hitam dan minyak gear.

2. TIDAK MELANGGAN SIARAN TELEVISYEN BERBAYAR
Saya tengok ramai je yang melanggan tv berbayar, tapi bagi saya ianya membazir.(setengah mereka anggap perlu sebab ada rancangan yang mereka minati).Yang saya lihat kalau cerita baru keluar akan diulang tayang sampai beberapa kali dalam seminggu. Lagi satu bila hujan siaran akan terganggu. Kena pula satu satu masa ada rancangan yang menarik, maka berebut la mak,ayah dengan anak-anak. Bila jadi macam ni syarikat ni pandai pasang strategi suruh pasang lagi satu decoder.Fuh duit lagi
Kisah baru-baru ni kawan saya ada cerita bil tv berbayar tersebut meningkat. Dia terus telefon sambil marah-marah pegawai yang dihubungi kerana bil meningkat. Rupanya anak dia sendiri (anak dia peminat drama korea tak pasal pasal langgan tanpa pikir dulu) yang langgan melalui remote control tanpa pengetahuan ayah beliau.Isu yang saya nak ceritakan disini adalah tambahan pakej  tu pun dah dalam lingkungan harga RM30-RM50.banyak tu.

Tambah rancak lagi bila musim bola sepak dunia, tiba-tiba ja akan ada penambahan siaran baru sukan,sedangkan pakej siaran sukan sedia ada pun sudah ada tiga siaran, nak tak nak bagi mereka yang minat bola akan melanggan siaran tersebut.

3. HANYA KE KEDAI RUNCIT
Berbeza bila hanya pergi ke kedai runcit dengan pasaraya. Kedai runcit kita tak akan beli benda yang tak perlu.Contohnya barangan dapur kita akan beli beras, telur dan rempah ratus ja. Tapi bila ke pasar raya kita cenderung beli benda yang kita suka contohnya makanan fast food.Kena pula iklan selalu muncul dimata kita hari-hari akhirnya terpengaruh la juga.

4. TANAM SAYURAN YANG SELALU BELI DIPASAR
Biasa kita beli cili,sayur dan ulam-ulam kan?Mentaliti kita apa la sangat nak susah susah tanam sayur sedangkan RM1 RM2 ja kot. Ya, cuba dengan menanam anda boleh lihat berapa banyak anda jimat.


5. GUNA KAD GANJARAN BILA MENGISI PETROL
Samada pakai petronas,shell, Caltex, petron dan sebagainya. Daftarlah jadi ahli kad ganjaran.Bagi saya memang berbaloi. Hampir dua tahun saya mengisi minyak Caltex, tiga kali dapat mengisi petrol dengan percuma. Kali pertama RM20 kali kedua RM17. Selain tu, dapat beli berapa  air botol (RM10 nilai dia).Hamper juga dapat dengan point yang dikumpul. Kini di Caltex  kalau ada 2900 point dapat payung percuma sehingga tamat promosi.Menarik kan aktiviti berjimat melainkan la anda anak orang kaya.

Banyak lagi cara untuk berjimat nih tapi yang itu saya boleh share

Comments

Popular posts from this blog

Pendapatan pasif cara saya melalui 2 cara ini, Jom baca

First ini artikel pertama sekali, memang buat untuk menulis artikel untuk menikmati pendapatan pasif

1. Bisnes Simkad Tone Excel
2. Blogging Affiliate Klikjer

Dua dua ini pencetus kepada tercipta blog ini. Mungkin saya akan share berkaitan tip bisnes, atau anda idea lain

Maklumat lanjut atau cadangan boleh whatapps ke 012 2173 122
9 TIPS ANDA PERLU TAHU SEBELUM BERBISNESAIR BALANG DI TEPI JALAN.
Baca betul-betul ye tepi jalan bukan tengah jalan. Hehe gurau ja.Artikel kali ni saya nak bagi anda tip berniaga air di tepi jalan. Antara bisnes paling rendah modal senang diuruskan adalah bisnes air balang melainkan bisnes air anda yang anda rancang tu melibatkan air kelapa dan pokok tebu. Mungkin kena rajin lebih kena angkut dan pastikan sisa bahan buangan tu dikemas dengan baik.
Tips ni mungkin ada yang tahu cuma saya mahu berkongsi. Ada yang saya dapat dari google, ada melalui pembacaan dan sahabat yang pernah berniaga air serta kursus pemasaran makanan. Oh sebelum saya lupa tip ini juga sesuai apa jua bisnes yang berniaga di tepi jalan samada goreng pisang,nasi lemak dan kuih muih.Kalau tak semua berkaitan pun masih ada sebahagian yang boleh diterima. Ok jom baca 9 tips berkaitan bisnes balang air dibawah:



1. KONSISTEN BERNIAGA

Aha yang ini mungkin ke memang terjadi pun kat anda kan? Hari kita teringin nak beli tak ad…