Skip to main content

9 TIPS ANDA PERLU TAHU SEBELUM BERBISNES  AIR BALANG DI TEPI JALAN.

Baca betul-betul ye tepi jalan bukan tengah jalan. Hehe gurau ja.Artikel kali ni saya nak bagi anda tip berniaga air di tepi jalan. Antara bisnes paling rendah modal senang diuruskan adalah bisnes air balang melainkan bisnes air anda yang anda rancang tu melibatkan air kelapa dan pokok tebu. Mungkin kena rajin lebih kena angkut dan pastikan sisa bahan buangan tu dikemas dengan baik.

Tips ni mungkin ada yang tahu cuma saya mahu berkongsi. Ada yang saya dapat dari google, ada melalui pembacaan dan sahabat yang pernah berniaga air serta kursus pemasaran makanan. Oh sebelum saya lupa tip ini juga sesuai apa jua bisnes yang berniaga di tepi jalan samada goreng pisang,nasi lemak dan kuih muih.Kalau tak semua berkaitan pun masih ada sebahagian yang boleh diterima. Ok jom baca 9 tips berkaitan bisnes balang air dibawah:




1. KONSISTEN BERNIAGA

            Aha yang ini mungkin ke memang terjadi pun kat anda kan? Hari kita teringin nak beli tak ada pula berniaga, alih-alih buka pula gerai hari kita rasa tak nak beli pun. Lama-lama kita pun menyampah nak singgah ke gerai tu. Jadi bila anda nak berniaga ni cubalah konsisten buka setiap hari,kalau ada hal lain pun cuba anda upah sesiapa pun untuk jaga gerai anda tu.

Sebab apa perlu konsisten?sebab jualan gerai kita boleh jadi pelanggan tetap kita 40% jadi merekalah yang selalu membeli,silap-silap pelanggan kita gunakan pemasaran ‘mouth to mouth’, tunggu je lah pelanggan kita pasti akan bertambah.

Kita buat gerai sekejap buka sekejap tutup lama-lama orang sakit hati dan tak akan singgah gerai kita lagi. Kan dah rugi

2. AIR WAJIB – AIR MILO

            Air milo memang wajib ada sebab air milo mempunyai daya tarikan yang tinggi terhadap kanak-kanak. Mak ayah pasti berhenti beli untuk anak mereka, secara tak langsung mereka beli juga air yang lain.

3. MODAL 1/3

            Walaupun modal bisnes balang air ni rendah tapi pastikan modal harian untuk setiap satu balang hanya 1/3 atau ¼ sahaja dari hasil jualan.
            Contohnya kos untuk buat 1 balang air jambu ialah RM20 tetapi bila habis terjual 1 balang air, anda dapat RM80.

Dengan mengawal kos membuatkan anda lebih tenang berniaga dan tidak mengalami ‘down’ bila air anda tak habis. Sebab anda dah tahu anda hanya perlu menjual 1/4  atau 1/3 untuk mendapatkan modal balik pada hari jualan tersebut.

4. PANTAS LAYAN PELANGGAN

            Belajar la mengikat bungkusan minuman, tak ada la nanti terkial-kial nak mengikat depan pelanggan, buatnya pelanggan order banyak dah kelam kabut kita nak mengikatnya. Nak lagi senang pakai cawan plastik minuman, mudah kan?


5. CARI JALAN 2 HALA

            Berniaga tepi jalan ni, elakkan berniaga di tepi jalan yang hanya jallan sehala.
Jalan sehala maksudnya, jalan yang ada divider di tengah-tengahnya. Sebabnya di jalan sehala ini pemandu selalunya memandu dengan laju. Bila memandu laju agak sukar untuk mereka memberhentikan kenderaan singgah membeli di gerai anda.

6. GERAI DI SEBELAH KIRI JALAN

            Pada pukul 3 ke 7 petang pastikan anda buka gerai di sebelah kiri, laluan orang pulang ke rumah. Barulah orang senang nak singgah ke gerai anda, jika tidak mereka terpaksa u turn.

Di sebelah pagi antara pukul 6-9 pagi pula pacak gerai anda dilaluan kiri menghala ke Bandar atau ke pekan dimana orang pergi keluar bekerja.

7. CARI TEMPAT MUDAH PARKING

            Ini memang patut sebab mereka perlu berhenti untuk membeli melainkan anda buat konsep drive thru.

8. BERNIAGA DI SEBELAH GERAI ORANG LAIN

            Orang akan suka pada gerai yang banyak pilihan untuk mereka membeli tapi pastikan mereka menjual produk lain dari anda. Lagi satu kalau orang beli makanan sudah semestinya mereka membeli air.

9. GANTUNG BANNER

          Bagus jika letak gambar dan tulis besar-besar supaya dari jauh pelanggan tahu apa yang anda jual kalau tidak mereka akan teragak-agak untuk berhenti.
Jangan ingat meja,payung dan balang saja  dah cukup untuk membuka gerai. Banner juga item penting untuk anda berjualan gerai.

Selain dari tip di atas saya juga syorkan anda dapatkan ebook ni.Ebook ni dihasilkan oleh mereka yang berpengalaman dalam bisnes balang air ni. Sebaik-baik peniaga adalah peniaga berilmu. Bulan puasa pun tahun depan, lama lagi kan? Berniaga air pun untung juga cuma ambil kesempatan dapatkan ilmu berniaga air ni dulu, ok?




            

Comments

Popular posts from this blog

5 PERKARA INI SAYA LAKUKAN SALAH SATU LANGKAH TERSEBUT DAPAT JIMATKAN DUIT SEBANYAK RM6500

Em zaman ni ramai orang kata tak boleh berjimat, betul tu tak salah tapi masih ada beberapa perkara ini untuk berjimat. Masih banyak cara,cuma cara yang ini telah saya lakukan dan ada langkah penjimatan ini saya tidak perlu pening kepala lagi dengan hutang  bayaran komitmen bulanan.
Kalau baca tajuk diatas mesti ada yang tertanya-tanya apa benda la yang boleh saya berjimat cermat sampai boleh jimat RM7000.

1. BELI MOTOR TERPAKAI
Sebenarnya yang saya jimat RM7000 adalah bila beli motor skuter terpakai sym vts 200.  Hutang motor yang ada sudah lunas beberapa tahun. Jadi cadangnya mahu mengambil motor cc yang lebih besar serta lebih selesa. Sebab maklumlah orang berbadan besar ni sakit sakit badan dan pinggang.Tambahan pula baru berpindah rumah yang jaraknya hampir 40km pergi dan balik berbanding sebelum ni hanya 1km lebih ja. Bermula pencarian motor skuter ni dari kedai ke kedai ni. Kemudian surve…

11 TRIVIA PELABURAN SAHAM

Artikel kali ni bercerita tentang saham. Bukan apa dengan isu kenaikan minyak petrol dan minyak masak kadang-kadang membuatkan saya terfikir suara kita dan kepentingan kita sudah tidak dipedulikan lagi, dari kita dok buat berbunyi alangkah baiknya kita pedulikan apa yang kita perlu meningkatkan pendapatan, bajet la sehabis baik mana pun barang keperluan tetap perlu dibeli.
Berbagai usaha dilakukan salah satunya dengan melabur dalam saham.Jom kali ini saya kongsikan info santai mengenai saham. Info saya kongsikan disini adalah dari fb mohd asri, zamsaham dan blog pakdi.
1. PASARAN SAHAM ADALAH PLATFORM PERJUDIAN “Bumiputera lebih cenderung memilih unit amanah seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah saham Nasional dan Tabung Haji berbanding melabur di Bursa Malaysia (link ebook) berikutan stigma masyarakatyang beranggapan pasaran saham adalah platform perjudian” – Felo di Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Pusat Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohamad Azhar Hashim.
2. BILANGAN KAUNTER…