Skip to main content

11 TRIVIA PELABURAN SAHAM



Artikel kali ni bercerita tentang saham. Bukan apa dengan isu kenaikan minyak petrol dan minyak masak kadang-kadang membuatkan saya terfikir suara kita dan kepentingan kita sudah tidak dipedulikan lagi, dari kita dok buat berbunyi alangkah baiknya kita pedulikan apa yang kita perlu meningkatkan pendapatan, bajet la sehabis baik mana pun barang keperluan tetap perlu dibeli.

            Berbagai usaha dilakukan salah satunya dengan melabur dalam saham.Jom kali ini saya kongsikan info santai mengenai saham. Info saya kongsikan disini adalah dari fb mohd asri, zamsaham dan blog pakdi.

1. PASARAN SAHAM ADALAH PLATFORM PERJUDIAN
            “Bumiputera lebih cenderung memilih unit amanah seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah saham Nasional dan Tabung Haji berbanding melabur di Bursa Malaysia (link ebook) berikutan stigma masyarakat yang beranggapan pasaran saham adalah platform perjudian” – Felo di Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Pusat Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohamad Azhar Hashim.

2. BILANGAN KAUNTER SAHAM PATUH SYARIAH
            Terdapat 699 saham yang patuh syariah.

3. PERBEZAAN PELABURAN ASB DAN SAHAM
            Antara salah satunya ASB hanya menawarkan satu bentuk pulangan saja, iaitu dividen. Melabur di pasaran saham pula memberikan anda 2 bentuk pulangan :
1) Keuntungan hasil perbezaan harga saham
2) Dividen (Ada syarikat yang bayar 2 atau lebih 1 kali setahun, ada yang bayar 1 kali setahun dan ada yang langsung tak bayar).

4. BUKA AKAUN CDS MESTI MAHAL
            Buka akaun CDS hanya RM10.60 sahaja, dan modal minima untuk memulakan pelaburansaham RM1000.00 sudah mencukupi. Jika betul-betul ingin mendapatkan keuntungan melalui saham modal sebenar yang minimum adalah RM5,000.00

5. PERNAH DENGAR AJINOMOTO?
            Selalu guna je kan barang ajinomoto? Tapi tak pernah pun ambil tahu anda boleh buat untung dengan saham ajinomoto. Untuk pengetahuan ajinomoto Malaysia berhad sudah tersenarai di pasaran saham sejak 1987.
Pergerakan harga saham ajinomoto
Disember 2014 – RM 5.50
Disember 2015 – RM 9.00


Kenaikan – RM 3.50 



6. SAHAM TERMAHAL
            Saham termahal di dunia adalah saham bagi syarikat Berkshire Hathaway Inc. Harga saham syarikat ini ialah USD 217,900.00 seunit atau bersamaan dengan RM911,181.54. Ya SEUNIT.

7. TOP 5
            Bursa Malaysia merupakan bursa yang berada dalam kedudukan top 5 bagi peringkat dunia dari segi penerbitan IPO.

8. WARREN BUFFETT
            Mungkin ramai mengenali sebagai pelabur yang Berjaya,tahukah anda beliau membuat pelaburan pertama ketika berumur 11 tahun. Dengan modal $114, beliau membeli 3 unit saham Cities Service Preferred pada $38 sesaham. Belajar sesuatu?Bermula lah awal.

9. 10 SAHAM PATUH SYARIAH TERMAHAL.
            Turutan mengikut harga saham
1- Nestle (Malaysia) Berhad. (RM 78.20)
2- Dutch Lady Milk Industries Berhad. (RM 59.96)
3- United Plantations Berhad. (RM 28.00)
4- Fraser & Neave Holdings Berhad. (RM 24.26)
5- Kuala Lumpur Kepong Berhad. (RM 23.94)
6- Petronas Dagangan Berhad. (RM 23.46)
7- Petronas Gas Berhad. (RM 21.80)
8- Batu Kawan Berhad. (RM 18.02)
9- PBB Group Berhad. (RM 16.08)
10- Tasek Corporation Berhad. (RM 18.80)
Dan percaya lah bahawa kebanyakan kita pelanggan sekurang-kurangnya kepada 4 buah syarikat di atas kan?

10.  
????
Ada 11 kan kalau ikut tajuk? Tak pa kalau ada nanti saya tambah, kalau tak anda boleh ja dapatkan ebook saham ni. Tapi terus terang saya katakan ebook ni sesuai jika anda ada asas mengenai saham

Comments

Popular posts from this blog

5 PERKARA INI SAYA LAKUKAN SALAH SATU LANGKAH TERSEBUT DAPAT JIMATKAN DUIT SEBANYAK RM6500

Em zaman ni ramai orang kata tak boleh berjimat, betul tu tak salah tapi masih ada beberapa perkara ini untuk berjimat. Masih banyak cara,cuma cara yang ini telah saya lakukan dan ada langkah penjimatan ini saya tidak perlu pening kepala lagi dengan hutang  bayaran komitmen bulanan.
Kalau baca tajuk diatas mesti ada yang tertanya-tanya apa benda la yang boleh saya berjimat cermat sampai boleh jimat RM7000.

1. BELI MOTOR TERPAKAI
Sebenarnya yang saya jimat RM7000 adalah bila beli motor skuter terpakai sym vts 200.  Hutang motor yang ada sudah lunas beberapa tahun. Jadi cadangnya mahu mengambil motor cc yang lebih besar serta lebih selesa. Sebab maklumlah orang berbadan besar ni sakit sakit badan dan pinggang.Tambahan pula baru berpindah rumah yang jaraknya hampir 40km pergi dan balik berbanding sebelum ni hanya 1km lebih ja. Bermula pencarian motor skuter ni dari kedai ke kedai ni. Kemudian surve…
9 TIPS ANDA PERLU TAHU SEBELUM BERBISNESAIR BALANG DI TEPI JALAN.
Baca betul-betul ye tepi jalan bukan tengah jalan. Hehe gurau ja.Artikel kali ni saya nak bagi anda tip berniaga air di tepi jalan. Antara bisnes paling rendah modal senang diuruskan adalah bisnes air balang melainkan bisnes air anda yang anda rancang tu melibatkan air kelapa dan pokok tebu. Mungkin kena rajin lebih kena angkut dan pastikan sisa bahan buangan tu dikemas dengan baik.
Tips ni mungkin ada yang tahu cuma saya mahu berkongsi. Ada yang saya dapat dari google, ada melalui pembacaan dan sahabat yang pernah berniaga air serta kursus pemasaran makanan. Oh sebelum saya lupa tip ini juga sesuai apa jua bisnes yang berniaga di tepi jalan samada goreng pisang,nasi lemak dan kuih muih.Kalau tak semua berkaitan pun masih ada sebahagian yang boleh diterima. Ok jom baca 9 tips berkaitan bisnes balang air dibawah:



1. KONSISTEN BERNIAGA

Aha yang ini mungkin ke memang terjadi pun kat anda kan? Hari kita teringin nak beli tak ad…